Cara menjual servis di klikpakar

1. Daftar akaun anda sama ada sebagai penjual.

2. Isi butiran akaun anda mahukan

3. Pada menu akaun ,pilih tab “Servis” kemudian pilih “Buat Servis Baru”

buat-servis-baru

4. Isi butiran servis yang ingin dijual

Tajuk Jualan

tajuk-servis

Tulis Tajuk servis anda contoh ayat permulaan :

Saya akan memberikan/lakukan _________

Servis naikkan/tambah  _________

Saya akan ___________

servis ________

Harga Servis

Awak boleh letak harga sesuka hati anda. Hanya letak nombor digit sahaja.

Pilih Kategori Servis

Pilih jenis servis yang awak mahu jual dan pilih sub-kategori. Sub-kategori keluar bila awak sudah pilih kategori.

Penerangan Servis

Semua ayat jualan atau ayat iklan awak boleh letak disini, apakah ciri yang ada untuk servis yang bagus ?

  • Detail servis
  • Apa yang pembeli dapat ?
  • Apa yang Penjual Perlukan ?
  • Ada ia ada warranty atau jaminan
  • Apakah peraturan ketika servis dijalankan

Segala maklumat yang awak perlukan selepas pengguna membeli servis anda. Awak juga boleh beri maklumat yang pembeli mahukan dari awak seperti links download, file, gambar dan lain2.

Tag Kata Kunci

Letakkan tag atau kata kunci supaya pengguna dapat menjumpai servis awak dengan mudah, semakin banyak kata kunci semakin mudah servis anda dijumpai.

Maksimum Hari Penghantaran

 

Sila pilih masa untuk awak siapkan servis, lebih bagus kalau awak pilih masa lebih lama dari masa untuk siapkan, supaya takut kalau awak lambat siapkan kerana urusan tertentu atau awak memnpunyai hal.

Jika awak pilih “Download” bermakna awak akan menghantar terus pada pembeli file tersebut, iaitu selepas pengguna membeli servis awak secara langsung dia akan download file tersebut dan servis siap secara automatik dan awak tak perlu lakukan apa2.

Gambar Cover Servis

Untuk nampakkan servis awak lagi menarik, awak boleh letakkan gambar cover. gambar contoh bawah ni menunjukkan lokasi gambar cover awak, minima saiz gambar ialah

Gambar servis

Awak wajib letak gambar berkaitan servis awak seperti tesmoni, bukti, detail servis, dan sebagainya. Gambar yang bagus mampu menarik minat pengguna membeli servis awak. Saiz minima gambar adalah 690px X 388px. Gambar contoh bawah ni menunjukkan lokasi gambar servis awak.

Jika awak mempunyai video di youtube berkaitan servis , awak boleh paparkan video awak untuk memudahkan pengguna memahami lebih tengtang servis awak.

5. Selepas isi borang membuat servis, awak sudah boleh aktifkan servis

 

 

Kongsi ini